Posts

Raya 2018 ...

Image
Raya adalah hari paling seronok .. bersama keluarga dan kawan-kawan .. macam-macam makanan masa raya la belasah makan.. keluarga aku memang tiap-tiap tahun masak lemang .. abah aku memang tidak suka beli lemang dari orang .. lebih suka membakar sendiri .. tiap-tiap tahun ni la rutin kami sekeluarga membakar lemang .. Duit raya benda yang paling di tunggu oleh adik-adik aku.. biasa la kalau jadi kakak ni mesti menjadi mangsa la.. heheh.. tapi benda la best walaupun nilai duit raya tu tidak seberapa... raya bagi aku memang sungguh bermakna.. sesekali bersama keluarga tercinta dan cuti yang panjang di abiskan bersama keluarga dan berjumpa saudara mara di kampung.

Cuti -Cuti Makan Angin ..

Image
Bercuti adalah salah satu meghilangkan rasa penat setelah bekerja, dalam erti kata lain abiskan duit setelah penat bekerja .. heheh bercuti dengan budget sederhana alhamdulilah masih rasa keseronokan tu .. pengalaman bercuti luar dari negara sendiri amat menarik .. walau duit abis ..

sahabat selamanya ..

Image
sahabat ... setelah sekian lama ku mengenali mu .. hampir 16 tahun kita bersahabat .. bermacam-macam masalah yang kita hadapi bersama .. terima kasih kerana menjadi sahabatku .. menerima segala kekurangan ku .. aku amat menyanyangimu .. walau kita sekarang kita sudah ada kehidupan masing-masing .. berharap persahabatan kita hingga ke jannah .. Terima Kasih Azirah Mohd Supian Love U ..💚💛💛💛💛💛

Bermulanya Di sini ...

Image
Di sinilah bermula kerjaya ku .. pada 8 November 2008 bermulanya cerita aku sebagai pekerja Telekom Malaysia sehingga kini .. Aku di tugaskan di bahagian Access Network Development di Serdang, di bahagian teknikal, bak kata orang bahagian disebalik tabir dalam TM, kerana kerja teknikal adalah kerja yang menjadi projek di site, jadi kumpulan teknikal dipanggil budak comot .. tapi aku suka dengan kerja ni kerana ada kepuasan kami yang pegang projek. sehingga kini aku masih berkhidmat dengan Telekom Malaysia, dan aku amat bangga menjadi sebahagian warga Telekom Malaysia.

Back to School ...

Image
Aku kembali ke sekolah .. setelah 10 tahun aku tinggalkan .. kini kembali untuk menambah ilmu dan memperbaiki diri .. kononnya kalau untuk kenaikan pangkat jika ada kekosongan di tempat keje ku .. Aku mula berlajar Mac 2018 di Kampus UKM Bangi .. masih terlalu awal .. baru sem 1 .. belajar dengan bekerja adalah satu benda yang agak sukar .. aku cuba lakukan yg terbaik untuk mendapat segulung ijazah.